REFLEKSI GKK 1043


Saya, Shayra Qisteena Binti Mohd Shaifudeen, pelajar PPISMP semester 1 TESL di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail daripada opsyen TESL 3 telah mengikuti subjek Kesihatan Diri dan Kecergasan kod GKK1043 yang diajar oleh pensyarah encik Azhar Bin Mansor telah mengikuti kelas ini selama tiga bulan. Selama tiga bulan mengikuti kelas ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman serta kebaikan dari segi fizikal dan rohani.


Menurut Corbin dan Lindsey (2006), kecergasan adalah keupayaan sistem badan bekerja dengan efisien bagi membolehkan seseorang itu melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian. Pada hari pertama mengikuti kelas ini kami didedahkan dengan tatacara pengurusan Ujian SEGAK dan Bleep Test. Kami juga menjalankan ujian pra-SEGAK pada hari tersebut. Sebelum memulakan ujian segak, kami  melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu agar otot-otot dapat diregangkan dan suhu badan naik sebelum menjalankan  Ujian SEGAK.

Sebagai permulaan ujian SEGAK setiap pelajar perlu mengambil ukuran berat dan tinggi masing-masing bagi memperoleh Body Mass Index atau lebih dikenali sebagai BMI. Keputusan BMI saya pada ujian post ialah 22.25, kurang daripada keputusan pra iaitu 22.54. Walaupun berat saya berkurang namun ia masih dalam lingkungan BMI yang sihat dan saya haruslah mengekalkan berat ini agar kesihatan saya terjaga.

Seterusnya, saya melakukan ujian naik turun bangku. Tujuan ujian ini ialah bagi menentukan kadar denyutan nadi. Cara ujian ini dilakukan ialah pelajar akan melakukan pergerakan naik turun bangku mengikut rentak rakaman mertonom dengan kada 96 detik seminit. Keputusan kadar denyutan nadi saya ialah 112 pada ujian pra dan 103 pada ujian post. Keputusan yang berkurang menunjukkan saya berada dalam kategori cergas. Saya tidak akan akan memperoleh hasil ini sekirinya tidak mengamalkan jogging serta melakukan senaman yang dapat meningkatkan stamina.

Selepas itu, ujian tekan tubi. Saya dapat melakukan tekan tubi sebanyak 20 kali pada ujian pra dan meningkat menjadi 25 kali pada ujian post. Saya perlulah meningkatkan daya tahan otot tangan bagi memperoleh keputusan yang lebih baik.

Setelah itu, ringkuk tubi separa. Saya dapat melakukan ringkuk tubi separa sebanyak 30 kali pada ujian pra dan 34 kali pada ujian post. Ini menunjukkan bahawa daya tahan otot perut saya adalah kuat kerana terbiasa melakukan aktiviti ini sebagai senaman.

Akhir sekali, saya melakukan jangkauan melunjur. Saya hanya dapat mencapai skor 27cm sahaja semasa ujian pra dan menurun menjadi 26cm pada ujian post. Ini kemungkinan terjadi kerana saya sudah kurang melakukan aktiviti lenturan badan. Namun, bagi sesorang yang ketinggiannya seperti saya, skor yang diperoleh boleh dianggap normal.


Aktiviti jangkauan melunjur


Ujian SEGAK ini membolehkan saya mengetahui tahap kecergasan saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah kami, encik Azhar, kerana sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan seperti hicking, berjogging ke pantai dan berlari di bendang yang  merupakan aktiviti yang sangat seronok dilakukan disamping memastikan kami sihat dan cergas.

 

 

Comments