Apa itu Kemahiran Belajar?👀
Kemahiran belajar merujuk belajar cara untuk menjadi pelajar yang lebih berkesan. Kemahiran ini membolehkan pelajar untuk belajar dengan lebih cekap. Namun, kemahiran ini perlu diamalkan dan dibangunkan .
Kepentingan Kemahiran Belajar
- Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna
- memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
- mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
- memupuk displin kendiri pelajar
- melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
- melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
- meningkatkan daya ingatan pelajar.
- mencungkil serta mengasah bakat serta potensi pelajar.
- membantu pelajar memperoleh kemahiran membuat rujukan daripada pelbagai sumber media.
- melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
- melatih pelajar membaca cepat dan tepat
- melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.
Refleksi diri:
Sebelum mempelajari subjek kemahiran belajar, saya mulanya tidak tahu tentang kepentingan mempunyai kemahiran belajar, setelah sebulan mempelajari subjek ini saya mendapati bahawa kemahiran belajar merupakan satu ilmu yang kita pupuk dengan kendirinya dengan membesar. Namun, cara belajar ialah sesuatu yang hanya kita dapat sesuaikan dengan diri kita kerana sesungguhnya semua insan lain-lain, oleh itu kita menggunakan cara yang lain-lain untuk membiasakan diri dengan keadaan dan persekitaran. Subjek kemahiran belajar ini merupakan bonus bagi saya menyelami lagi tentang kajian pembelajaran secara berkesan. Subjek ini juga membantu saya mengenali teknik pembelajaran yang saya gunakan selama ini.
kesimpulannya, ada individu yang mungkin mempersoalkan kepentingan kemahiran belajar dalam kehidupan tapi bagi saya kemahiran belajar itu merupakan suatu yang semula jadi dan tidak mempunyai peraturan yang ketat kerana manusia faham dengan cara dan kelajuan yang berbeza .
Comments
Post a Comment